KOTA KINABALU : Sabri Sahar akan kembali mengetuai Sabah dalm perlawanan Piala Presiden menentang Sime Darby FA di Kuala Lumpur petang ini.
Pemain Liga Super itu yang mengalami kecederaan buku lali semasa bermain menentang Sekolah Sukan Bukit Jalil di padang sintetik mereka minggu lalu, cukup cergas untuk diturunkan dalam kesebelasan utama, kata jurulatih Johny Dominicus.
Pemain tengah itu terlepas perlawanan dalam kemenangan terakhir mereka 2-1 ke atas Kedah dalam saingan Piala Presiden.
Kedah menakluki bahagian tengah Sabah dan mereka kerap kali merobek benteng pertahanan Sabah terutamanya di separuh masa kedua.
Johny berkata, kehadiran Sabri pasti akan menambah dimensi tambahan dan kestabilan kepada pasukan.
“Dia pemain sangat penting yang telah diturunkan secara tetap untuk pasukan senior. Saya yakin dengan pengalamannya, dia akan dapat mengemudi pemain lebih muda dalam pasukan dari bilik enjin.
Mengenai perlawanan itu sendiri, jurulatih tersebut berkata, seperti biasa mereka akan berusaha untuk meraih tiga mata seperti mana yang dituntut oleh pengurus pasukan Juil Nuatin bagi mengekalkan momentum kemenangan.
“Kami akan terus menggunapakai formasi 4-4-2 pada permulaan. Sudah tentu ia fleksibel dan kami mungkin menukar taktik semasa separuh masa bergantung kepada bagaimana kami memasuki dan menghadapi separuh masa pertama.”
Beliau juga mendedahkan bahawa pertahanan pasukan itu dilemahkan oleh ketiadaan pemain tetap Apolinario Talakos yang mengalami patah tulang bahunya semasa latihan.
“Penggantinya Mohd Nazrin bermain dengan baik menentang Kedah tetapi dia masih mentah dalam perlawanan besar.
Nasib baik untuk kita, Mohd Idzihar Qaidi Jaidi dari Sekolah Suka Bukit Jalil yang membuat penampilan pertamanya untuk pasukan itu sebagai pemain gentian lewat untuk Nazrin pada Jumaat lepas menunjukkan dia kembali dalam perdebatan untuk pemilihan dan ia sangat baik untuk kita.”
Pasukan itu kini berada di kedudukan kukuh dengan tiga kemenangan dan satu seri dalam pertandingan tersebut setakakt ini. Satu lagi kemengan hari ini akan memastikan mereka berada pada landasan untuk sekurang-kurangnya slot separuh akhir musim ini.
Sumber : New Sabah Times
Monday, May 20th
Last update07:43:05 PM GMT
Headlines:
- Features
10 Things you MUST know about Teline IIIFind out more...
- Member



