Sunday, May 26th

Last update07:43:05 PM GMT

You are here Teknologi Tutorial IT

Tutorial IT

Profil online makin penting

  • PDF

Pernahkah anda terfikir bagaimana reputasi diri anda digambarkan secara online? Bukan hanya sekadar di minda keluarga atau rakan-rakan, tetapi yang pentingnya, apakah yang difikirkan oleh bakal majikan anda?

Berlainan pula dari profil secara off-line yang selalunya hanya wujud dalam CV, profil secara online boleh menjangkau kepada beberapa akaun berkaitan yang lain, antaranya Facebook, Twitter, LinkedIn, You Tube dan pelbagai blog.

Adalah sangat penting bagi para individu untuk mengawal identiti profesional mereka secara online.

Pengerusi dan pengasas bersama LinkedIn, Reid Hoffman, berpendapat, kini setiap individu adalah usahawan dalam kehidupan mereka sendiri. Mereka juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif kepada kerjaya mereka dan setiap profesional haruslah meluangkan masa untuk melabur dalam diri mereka sendiri.

Hari ini, peluang kerjaya saling berkait rapat dengan jejak digital seseorang dan oleh yang demikian, jenama profesional secara online adalah amat penting memandangkan CV yang lapuk juga turut diubahsuai selaras dengan peredaran zaman bagi abad yang ke-21 ini.

Pentingnya profil online

Satu kaji selidik oleh Jobvite yang dijalankan dalam tahun 2011 mendapati 89 peratus daripada syarikat bercadang menggunakan rangkaian sosial bagi urusan merekrut pekerja baru (meningkat dari 83 peratus berbanding tahun 2010).

Tambahan pula, 55 peratus daripada syarikat yang mengambil bahagian dalam kaji selidik tersebut berhasrat meningkatkan pelaburan dalam merekrut melalui rangkaian sosial pada tahun 2012.

Laman rangkaian sosial yang memberikan anda keupayaan untuk mengawal jenama profesional dapat dijadikan titik permulaan bagi menonjolkan kemahiran dan bakat anda, agar individu dan peluang pekerjaan yang betul dapat menemui anda.

Jika mencari dalam enjian carian Google nama anda, besar kemungkinannya yang profil LinkedIn anda akan muncul di tangga teratas hasil carian kerana pengoptimuman cariannya menjadikan LinkedIn satu-satunya laman yang memudahkan seseorang menemui anda - serta latar belakang profesional anda.

Bina profil online

Berikut adalah tiga langkah tentang bagaimana anda dapat menyediakan asas yang betul dalam membina profil profesional secara online anda:

Langkah 1: Sedari akan kewujudan anda secara online

Ketahui tentang pelbagai sumber yang mungkin boleh menjejaskan identiti profesional anda - mulakan dengan mencari diri anda menerusi Google.

Besar kemungkinannya, inilah yang akan dilakukan oleh bakal majikan anda, pelabur, bakal rakan kongsi perniagaan dan pelanggan anda.

Lihat apakah maklumat yang anda perolehi tentang diri anda, singkirkan sebarang status terkini yang boleh dipersoalkan.

Contoh: Saya benci pekerjaan dan bos saya!) atau gambar-gambar yang boleh menjejaskan diri anda.

Gambar gila-gila yang diambil ketika percutian yang dimuat naik ke Facebook mungkin membuatkan anda rasa popular di kalangan kenalan anda, tetapi ia mungkin tidak dapat diterima baik oleh majikan anda.

Langkah 2: Bina identiti profesional secara online anda

Bina profil LinkedIn - dengan lebih daripada 161 juta ahli di seluruh dunia dan lebih dari 800,000 ahli di Malaysia.

Laan tersebut merupakan titik permulaan yang baik untuk meningkatkan penonjolan profesionalisme anda secara online, mengembangkan rangkaian kenalan anda serta melibatkan diri dengan individu yang berfikiran serupa dengan anda.

Anggaplah profil anda sebagai satu cara untuk mempromosikan "Jenama Diri"

Berikut adalah di antara beberapa cara untuk membina profil yang baik bagi menonjolkan tahap profesionalisme anda:

lLetakkan gambar - ia menjadikan profil anda 7x lebih berkemungkinan untuk ditemui dalam hasil carian.

lLetakkan jawatan terdahulu - kemungkinan profil anda dilihat adalah 12x lebih tinggi sekiranya anda menyenaraikan jawatan yang pernah disandang.

lBina rangkaian kenalan anda - mereka adalah di antara salah satu aspek penting bagi penjenamaan diri anda: kenalan anda melambangkan kualiti jenama anda. Apakah yang berlaku ketika anda meninjau sesuatu profil dan terpandang seseorang yang turut anda kenali? Maka, minat anda terhadap profil tersebut akan meningkat!

lSerlahkan diri anda - Perkukuhkan profil anda dengan meletakkan beberapa minat utama dan letakkan pautan ke laman web yang memaparkan keupayaan serta kecenderungan anda.

Langkah 3: Libatkan diri sepenuhnya dan manfaatkan rangkaian berkenaan

LinkedIn semakin pantas membuka peluang kepada graduan dan usahawan secara global - terutamanya di rantau Asia.

Jangan lupa untuk menonjolkan kemahiran serta menjelaskan tentang pengalaman anda di dalam profil secara online berkenaan.

Sesetengah daripada anda mungkin masih ingat bagaimana anda pernah meminta rakan untuk menuliskan testimonial di dinding profil Friendster anda beberapa tahun yang lalu.

Begitu juga dengan LinkedIn, di mana anda boleh meminta kenalan untuk menuliskan saranannya pada dinding profil LinkedIn anda.

Saranan adalah rujukan mulut-ke-mulut daripada profesional lain yang boleh tersebar secara viral dan meningkatkan kredibiliti tahap profesionalisme anda.

Ini adalah salah satu cara terbaik untuk mewujudkan tanggapan yang positif bagi memperolehi pelanggan baru atau memberikan anda kelebihan berbanding calon lain yang turut bersaing untuk mendapatkan peluang pekerjaan baru.

Satu lagi perkara yang anda boleh lakukan ialah bertanya dan menjawab soalan di Jawapan LinkedIn.

Soalan bijak dan jawapan yang bernas membina kredibiliti anda dan soalan serta jawapan yang cemerlang akan menarik minat pengguna lain untuk melihat profil anda.

Jawablah soalan yang berkaitan dengan bidang anda bagi memperkukuhkan kepakaran serta meningkatkan tahap penampilan diri.

Yang paling penting membina perhubungan sosial dengan orang yang berada di dalam rangkaian anda-kerana suatu hari nanti anda mungkin memerlukan jawapan bagi soalan anda pula.

Biarkan LinkedIn membantu anda

Dengan panduan yang diberikan, kini anda boleh membina identiti profesional secara online, membawa diri anda selangkah lebih dekat kepada peluang yang tiada hadnya (dari peluang pekerjaan baru hinggalah ke berhubungan dengan bakal rakan kongsi dan pelabur) untuk membantu mempertingkatkan kerjaya profesional anda.

Sentiasa proaktif, ikuti perkembangan semasa dan terokai apa yang ditawarkan oleh LinkedIn, biarkan LinkedIn membantu anda.

-- Utusan Online

Gunakan Shortcut key untuk Aplikasi anda

  • PDF

Katakan anda ingin membuka aplikasi Photoshop, anda perlu sekurangnya 3 langkah untuk membuka Photoshop seperti START >> ALL PROGRAM >> PHOTOSHOP, atau cara mudahnya dengan mengklik icon Photoshop di permukaan desktop. Tetapi cara yang lebih mudah dan profesional adalah dengan menggunakan shortcut key seperti Ctrl + Alt + P. Dengan cara ini,setiap kali anda menekan Ctrl + Alt + P secara automatik aplikasi Photoshop akan terbuka tanpa perlu anda klik pada icon. Wah,mudah kan..:)

 

Pilih perisian yang anda ingin dan klik propertie.

Di bahagian “shortcut”, cari ‘Shortcut Key’ dan set kan kepada huruf kegemaran anda.

Kemudian klik Apply dan OK.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cara mudah untuk mengecilkan saiz gambar

  • PDF

Dalam sebarang urusan atas talian (online) yang memerlukan gambar, hampir kesemua memerlukan kita supaya mengecilkan saiz gambar, samada gambar tersebut untuk hantar emel, profile emel, facebook, laman web dan sebagainya. saiz yang lebih kecil akan memudahkan pelawat laman web atau penerima yang ingin memuat turun gambar dari internet. bayangkan jika pelawat laman web terpaksa menunggu lebih dari satu minit untuk melihat satu gambar, sudah pasti mereka akan meninggalkan laman web anda.

Mengikut kajian, kebanyakan pelawat akan meninggalkan laman web jika proses uploading nya lebih dari 10 saat, jadi dengan adanya kemudahan image resizer ini, anda boleh mengecilkan saiz gambar tanpa perlu anda menyunting dengan Photoshop atau lain-lain perisian yang lebih sukar dan memakan masa yang lama. dengan hanya beberapa klik sahaja saiz gambar anda akan berubah mengikut keperluan yang anda inginkan, berikut saya senaraikan dua tool image resizer yang boleh dimuat turun dan diguna pakai secara percuma :

1- VSO Image resizer : Perisian ini membolehkan anda menukar saiz gambar dengan hanya 3 langkah mudah.

2- Image Resizer Power Toy : tool ini diusahakan oleh kumpulan Microsoft, untuk menukar saiz gambar, anda hanya perlu klik kanan pada atas gambar dan pilih “Resize Pictures”

Mengubah Huruf Besar atau Huruf Kecil Ms. Word

  • PDF

Apabila anda mempunyai Dokumen Word, dan ingin mengubah isi dokumen tersebut menjadi huruf besar (kapital) semuanya atau huruf kecil semuanya, atau hanya huruf awal dari masing-masing kata saja yang besar, caranya sangat mudah yaitu :

Highlight / blok tulisan yang ingin anda ubah karakternya menjadi huruf besar / huruf kecil, kemudian setelah dihighlight  tekat tombol Shift + F3. Support untuk Microsoft Office Word 2003, 2007 dan Ms. word 2010