MENEMPATKAN sistem teknologi di dalam rumah dan seterusnya menjadikannya sebagai salah satu kelengkapan hiasan dalaman adalah cabaran baru yang dihadapi pemilik kediaman moden.
Menyedari hakikat itu, Cisco Systems Inc, peneraju segmen rangkaian global, memperkenalkan sistem rangkaian sambungan internet yang dilengkapi modem router tanpa wayar untuk segmen pengguna di rumah.
Teknologi yang diketengahkan Cisco itu bukan saja mampu menghubungkan sistem internet komputer di rumah dengan mudah dan cekap, ia juga dikenali sebagai alat perhubungan antara sistem televisyen internet, produk tablet, konsol permainan dan telefon pintar.
Menerusi model Linksys, router tanpa wayar bagi siri E serta X termasuk penyesuai Tanpa wayar-N diperkenalkan untuk segmen pengguna di rumah, yang dibangunkan dengan ciri reka bentuk moden demi menjamin keselarasan dengan kelengkapan kediaman lain.
Produk teknologi tinggi Cisco itu menawarkan prestasi bertenaga kepada sistem yang disambungkan kepadanya.
Malah, rangkaian produk Cisco itu menetapkan penanda aras baru bagi produk yang dibangunkan syarikat terbabit khususnya dari segi kepantasan sambungan internet, rangkaian yang ditawarkan dan mudah digunakan.
Bagi produk siri E Linksys, ia adalah sistem router tanpa wayar baru yang menawarkan kelajuan sehingga 450 Mbps.
Ciri utama yang ditampilkan menerusi siri E adalah konfigurasi sealiran pada 3x3, yang mana mampu meningkatkan liputan perayauan dan kuasa penyampaian luarannya untuk menjamin kekuatan isyarat yang disalurkan.
Ia juga menyokong penggunaan IPv6 dan sokongan keenam pada masa depan.
Sementara itu, siri x Linksys pula adalah produk hibrid kediaman tanpa wayar yang dapat membantu pengguna menyambungkan sistem berkelajuan tinggi dengan mudah.
Produk itu mampu beroperasi dengan sistem sambungan jalur lebar kabel mahupun pada DSL.
Sistem hibrid baru yang diketengahkan menerusi siri X itu juga mudah dibawa ke mana saja apabila pemiliknya berpindah rumah.
- Info lanjut muat turun aplikasi iBH - Fenomena Halo (13 Oktober 2011) di http://itunes.apple.com




MENYEDARI keperluan pengguna yang mahukan kelengkapan komputer mudah alih yang nipis dan ringan, Lenovo Inc memperkenalkan produk terbarunya menerusi model IdeaPad S300 dan S400 untuk pelanggan tempatan.
GEORGETOWN: Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya membangunkan satu sistem pembuktian jenayah siber dan pengawasan rangkaian lebih efektif serta menjimatkan yang diberi nama, Sistem Analisis dan pencarian Forensik (FADS).
CPU Core i7 3820 akhirnya secara rasmi dikeluarkan Intel seperti dijanjikan.