Thursday, Jun 20th

Last update07:43:05 PM GMT

You are here Teknologi

Apple bakal lancar televisyen akhir 2013

  • PDF

New York: Apple Inc dikatakan sedang membangunkan televisyen yang akan didatangkan dalam dua saiz, 47 dan 55 inci sekali gus dijangka menjadi peranti yang paling dihajati sebagai hadiah menjelang musim perayaan hujung tahun depan.

Gene Munster dari Piper Jaffray, penganalisis Apple, dengan beberapa kejayaan jangkaan lampau berhubung syarikat itu, minggu ini dalam satu nota pelabur menyatakan beliau percaya Apple akan melancarkan televisyen menjelang suku ketiga tahun depan yang akan membabitkan pelbagai ciri tambahan.

Dalam nota yang diterbitkan semula dalam blog Apple Insider, beliau berkata: “Kami menjangkakan rekaan yang cantik menjadi ciri utama, tetapi ciri yang lebih penting adalah kebolehan menggunakan televisyen itu dengan pelbagai peranti.



Katanya, televisyen 47 inci itu akan dijual pada harga AS$1,500 (RM4,586) dan model 55 inci, AS$2,000 (RM6,115) apabila ia mula berada di pasaran November tahun depan.

Ia adalah khabar angin terbaru, beberapa minggu ini mengenai kemungkinan kemasukan Apple dalam pasaran televisyen.

Peringkat akhir

Minggu lalu, bank pelaburan Jefferies & Co mendakwa bahawa syarikat itu sudah pada peringkat akhir menyiapkan televisyen itu. Namun, pemeriksaan lanjut hanya dapat mengesahkan bahawa Apple memang sedang berhubung dengan beberapa pengendali televisyen kabel mengenai produk berkaitan televisyen.
Menurut Wall Street Journal, sumber berita pertama yang mempunyai jangkaan tepat terhadap iPad Mini, menyatakan produk itu akan menjadi imaginasi semula Apple TV.

Peranti itu kini membolehkan pengguna melayari kandungan daripada mana-mana peranti Apple hingga kepada televisyennya, namun ia percaya bahawa kesemua model baru kini dalam perancangan akan turut menyediakan fungsi seperti set kotak atas dengan gaya navigasi Apple dan paparan muka serta kemampuan untuk menghentikan dan mengulang siaran langsung televisyen.

Sementara itu di Ottawa, Kanada, saham Research In Motion (RIM) pengeluar telefon pintar BlackBerry yang juga antara pesaing Apple, melonjak lebih 15 peratus selepas pelabur positif dengan tinjauan masa depan syarikat itu terutama berkaitan pengenalan produk baru.

Lancar peranti baru

Kris Thomson dari National Bank Financial meningkatkan harga sasaran RIM, dengan menaruh saham itu akan naik ketika momentum meningkat bagi pelancaran sistem operasi baru Blackberry 10 dan dua telefon pintar baru.

Penganalisis Jefferies & Co, Peter Misek menggandakan sasaran harganya kepada Can$10 (RM30.70) dengan menyatakan penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu yang sedang menguji peranti baru itu mempunyai lebih banyak pandangan positif mengenai BB10 berbanding jangkaan.

Peranti terbaru RIM ditumpukan bagi meraih kembali momentum berbanding telefon pintar Apple dan telefon lain yang menggunakan sistem operasi Google Android.

Misek berkata, jumlah pengguna global RIM turun kepada kepada lebih 80 juta bagi suku sebelum ini, mengukuhkan laporan tindakan syarikat besar dan pelanggan kerajaan bertukar kepada iPhone Apple.-- BH

Dekor router

  • PDF

MENEMPATKAN sistem teknologi di dalam rumah dan seterusnya menjadikannya sebagai salah satu kelengkapan hiasan dalaman adalah cabaran baru yang dihadapi pemilik kediaman moden.

Menyedari hakikat itu, Cisco Systems Inc, peneraju segmen rangkaian global, memperkenalkan sistem rangkaian sambungan internet yang dilengkapi modem router tanpa wayar untuk segmen pengguna di rumah.

Teknologi yang diketengahkan Cisco itu bukan saja mampu menghubungkan sistem internet komputer di rumah dengan mudah dan cekap, ia juga dikenali sebagai alat perhubungan antara sistem televisyen internet, produk tablet, konsol permainan dan telefon pintar.



Menerusi model Linksys, router tanpa wayar bagi siri E serta X termasuk penyesuai Tanpa wayar-N diperkenalkan untuk segmen pengguna di rumah, yang dibangunkan dengan ciri reka bentuk moden demi menjamin keselarasan dengan kelengkapan kediaman lain.

Produk teknologi tinggi Cisco itu menawarkan prestasi bertenaga kepada sistem yang disambungkan kepadanya.

Malah, rangkaian produk Cisco itu menetapkan penanda aras baru bagi produk yang dibangunkan syarikat terbabit khususnya dari segi kepantasan sambungan internet, rangkaian yang ditawarkan dan mudah digunakan.

Bagi produk siri E Linksys, ia adalah sistem router tanpa wayar baru yang menawarkan kelajuan sehingga 450 Mbps.
Ciri utama yang ditampilkan menerusi siri E adalah konfigurasi sealiran pada 3x3, yang mana mampu meningkatkan liputan perayauan dan kuasa penyampaian luarannya untuk menjamin kekuatan isyarat yang disalurkan.

Ia juga menyokong penggunaan IPv6 dan sokongan keenam pada masa depan.

Sementara itu, siri x Linksys pula adalah produk hibrid kediaman tanpa wayar yang dapat membantu pengguna menyambungkan sistem berkelajuan tinggi dengan mudah.

Produk itu mampu beroperasi dengan sistem sambungan jalur lebar kabel mahupun pada DSL.

Sistem hibrid baru yang diketengahkan menerusi siri X itu juga mudah dibawa ke mana saja apabila pemiliknya berpindah rumah.

Ultrabook canggih

  • PDF

Ultrabook dengan kemampuan prosesor yang kelajuan pantas serta waktu booting yang singkat sudah biasa, begitu juga dengan ultrabook yang memiliki ukuran tipis dan ringan.

Namun, sebuah ultrabook dengan sambungan kelajuan WiFi pantas, cukup jarang ada di pasaran. Perkara inilah yang ingin dimanfaatkan oleh Dell dengan produk ultrabook terbarunya Latitude 6430u.

Produk ini dikhususkan untuk golongan pengusaha yang dilengkapi dengan fungsi WiGig. WiGig inilah yang bakal memberikan sambungan WiFi dengan kecepatan hingga 7 gigabite per saat.

Jika dibandingkan dengan WiFi 802.11n yang kerap dijumpai pada gajet lain, kecepatan WiGig ini 10 kali lebih tinggi. Sayangnya, WiGig hanya mampu bekerja dalam jarak yang lebih dekat.

Ultrabook ini hadir dengan pemprosesan Intel Ivy Bridge serta rekaan luaran yang tahan jatuh dan air. Di bahagian skrin, ultrabook ini hadir dengan skrin berukuran 14 inci. Latitude 6430u ini memiliki ukuran tipis hanya 20.32 milimeter dan berat 1.67 kilogram.


− Paparan: Pemproses Intel Ivy Bridge
- Tahan jatuh dan kalis air − Saiz: Senipis 20.32 milimeter
- Berat 1.67 kilogram
- Sambungan wifi dengan teknologi WiGig

 

-- Berita Harian

Pengecas tanpa wayar

  • PDF

Telefon pintar terbaru dari LG, LG D1L akan dilengkapi dengan pengecas bateri tanpa wayar yang dikatakan hadir sama untuk versi baru Samsung Galaxy S3. LG Optimus D1L nampaknya akan menjadi pesaing kuat kepada Samsung Galaxy S3.

Sebenarnya, ini bukanlah gajet LG pertama yang mendukung hadirnya wireless charging. Ini kerana LG Revolution dari Verizon juga memiliki fungsi serupa walaupun perlu ditambah pilihan backplate yang akan menokok ketebalan rekaan telefon.

Telefon pintar ini akan hadir dengan skrin HD berukuran 4.7 inci dengan prosesor dual-core Snapdragon S4, konektivitas LTE 4G dan tentunya Android 4.0 Ice Cream Sandwich. LG Optimus D1L dijangka dipasarkan Mei ini tetapi mungkin mengambil masa sebulan atau dua bulan untuk memasuki pasaran Malaysia.

Tablet Windows 8 terbaru

  • PDF

Tablet Windows 8 dengan rekaan kekunci nampaknya kini sudah menjadi ikutan di kalangan penggemar telefon. Kini ikutan tersebut turut diikuti oleh LG Mobile yang baru saja memperkenalkan LG H160.

Tablet ini memiliki kekunci slide yang mirip dengan rekaan Asus Eee Pad Slider.

Bezanya, untuk mengeluarkan kekunci QWERTY, anda hanya perlu menekan satu tombol khusus yang tersemat pada layar untuk membolehkan kekunci itu muncul.



Ia mempunyai rekaan yang nipis iaitu 16 milimeter dan mempunyai berat sekitar 1.04 kilogram. Secara luarannya tablet ini tidak mempunyai banyak perbezaan dengan tablet android lain di pasaran.

Layar skrinnya agak besar 11.6 inci dengan resolusi 1366x768 piksel. Manakala untuk prosesor, LG menggunakan prosesor Intel Clover Trail.

Pihak LG mengatakan bahawa bateri tablet ini mampu bertahan hingga 10 jam. Buat masa ini LG hanya bercadang untuk menjual produk terbaru mereka ini -- Berita Harian

Teknologi Jam GPS

  • PDF

PERNAHKAH terfikir untuk merentas desa dengan jam di pergelangan tangan yang mempunyai kemudahan Sistem Kedudukan Global (GPS).

Seharusnya sesiapa saja yang memiliki jam Forerunner 610, anda boleh melakukan apa saja untuk memulakan dimensi baru ketika berlari dan berjoging.

Mudah saja. Dengan sentuhan, jentik dan leret, Forerunner 610 membantu anda memulakan larian sambil mengumpul pelbagai data dan kemudian menyimpannya.


Untuk rekod, jam canggih ini memberikan anda beberapa cara bagi mengemaskini data latihan. Fungsi leret dan turun naik menjadikan mudah untuk mengubah latar (setting), mengkaji semula arkib larian anda dan banyak lagi.

Hanya jentik dengan pantas di atas skrin untuk pergi ke halaman latihan berikutnya dan anda boleh melihat banyak lagi data.

Skrin sesentuh 610 yang licin ternyata lasak apabila ia berfungsi. Malah ia mempunyai ketahanan apabila digunakan dalam hujan, berpeluh dan percikan air serta boleh berfungsi walaupun menyentuh dengan sarung tangan.

Di sebalik cermin licin ternyata jam ini bersedia untuk bekerja sekeras mana yang pemiliknya inginkan.
Ini kerana 610 menyediakan jarak yang tepat, rentak, kedudukan GPS, degup jantung dan kalori.

Malah ia boleh memandu anda kembali ke tempat permulaan larian, memberikan anda kebebasan bagi meneroka laluan baru dan tekun mengemudi anda ke tempat permulaan.

Selain itu, perkakasan latihan terbaru iaitu Virtual Racer, pengguna boleh mengubah sebarang senaman dan larian kepada "virtual matchup".

Ciri ini membolehkan anda bersaing dengan catatan masa terbaik sebelum ini atau mencabar sebarang aktiviti yang dimuat turun kepada Garmin Connect.

Laporan Virtual Racer mencatat kepelbagaian kelajuan dan keadaan pada waktu itu, seolah-olah anda sedang bersaing dengan lawan anda.

Atau gunakan fungsi "Virtual Partner" dan lihat bagaimana pencapaian anda berbanding kelajuan yang anda catat.

Forerunner 610 turut menawarkan amaran getaran yang boleh diasingkan mengikut masa, jarak, kalori, degup jantung atau nada.

Jadi, apabila sampai di destinasi anda boleh rasakan getaran lembut.

Sampai masanya bagi jam sukan yang boleh membantu anda berlatih dengan lebih bijak dan 610 boleh melakukannya.

Ini adalah jam sukan pertama dengan keupayaan Training Effect daripada Firstbeat.

Training Effect mengukur kesan sebarang aktiviti anda sama ada kecergasan aerobik yang pada dasarnya membantu berlatih dengan lebih berkesan.

Training Effect juga menilai anda berdasarkan profil anda, degup jantung anda dan tahap kesukaran aktiviti yang dilalui.

610 juga mengasingkan zon degup jantung, amaran dan kadar jantung berdasarkan pengiraan kalori.

Apabila anda sudah menamatkan senaman dan larian, Forerunner tetap bekerja. Ia akan memuat data larian tanpa sambungan jalur lebar ke dalam Garmin Connect apabila diletakkan dekat komputer anda apabila sampai di rumah dan mengkaji semula larian pada bila-bila masa.

Ia berfungsi secara teknologi tanpa wayar ANT dan USB yang didatangkan bersama jam anda.

Tiada talian jalur lebar, tidak perlu muat turun secara manual dan tidak berpeluh.

Sementara itu, tidak ketinggalan anda juga boleh memantau berat badan, paras lemak, jumlah air dalam badan dan enam lagi ukuran apabila menggunakan Forerunner 610 dengan menggunakan Tanita BC-1000.

Kesemua bacaan direkod dalam Forerunner 610 dan kemudiannya secara automatik ke Garmin Connect apabila ia berada dekat dengan komputer.

Seandainya anda bercadang untuk menyertai perlumbaan maraton dalam masa terdekat, Forerunner 610 adalah pilihan yang tepat.

Jika berminat, hubungi Aeco Technologies (M) Sdn Bhd di talian 03- 92858062.


SPESIFIKASI

Dimensi Unit, WxHxD: 4.57 x 6.35 x 1.42 cm

Saiz paparan, WxH: 2.54 cm

Resolusi paparan, WxH: 128 x 128 piksel

Berat: 72 gram

Bateri: lithium-ion boleh caj semula

Jangka hayat bateri: 4 minggu dalam mod jimat; 8 jam dalam mod latihan

Kalis air: Ya (IPX7)

GPS: Ya

Peta dan memori: 1,000 pusingan

Ciri-ciri: Skrin kadar degup jantung

Tambahan: Garmin Connet dan Garmin Training Center adalah sesuai dengan Windows XP atau lebih baru dan Mac OS 10.4.11 atau lebih awal degan Safari

Harga: RM1,255

Artikel ini salah satu kandungan dalam aplikasi Berita Harian (iBH)

Kembar comel

  • PDF

MENYEDARI keperluan pengguna yang mahukan kelengkapan komputer mudah alih yang nipis dan ringan, Lenovo Inc memperkenalkan produk terbarunya menerusi model IdeaPad S300 dan S400 untuk pelanggan tempatan.

Lebih menarik, kedua-dua model berkenaan yang dikenali sistem komputer netbook dilengkapi dengan ciri berprestasi tinggi dan mudah di mana ke mana saja.

Berukuran setebal 21.9 milimeter dan seberat 1.8 kilogram, S300 dan S400 turut dibangunkan dengan reka bentuk metalik lebih bergaya dan bermutu.


Bagi siri S itu, ia adalah netbook yang turut menggabungkan aspek selesa, ringkas dan tindak balas lebih cekap pada harga lebih rendah.

Dilengkapi dengan teknologi terkini, IdeaPad S400 didatangkan dengan prosesor generasi ketiga teras i5.

Dengan kapasiti storan 500GB, ia menyediakan ruang yang besar bagi tujuan penyimpanan muzik, video dan dokumen.

Untuk pemacu yang boleh digunakan secara pilihan, ia menawarkan ruangan storan 24GB bagi S400, iaitu berkeupayaan bertindak balas dengan lebih cepat serta cekap.
Aspek ketahanan jangka hayatnya pula, ia juga adalah komputer netbook yang dibangunkan dengan keupayaan jangka hayat bateri lebih lama berbanding produk seumpamanya di pasaran.

Ciri tambahan pengurusan tenaga pintar yang mampu melindungi ketahanan bateri membolehkan bateri dicas dengan pantas sehingga lima jam.

Bagi kedua-dua model terbaru komputer netbook siri S Lenovo itu, ia menawarkan sistem operasi yang menyokong Microsoft Windows 7, termasuk Windows 8 selepas program anda dinaikkan taraf.

Harga yang ditawarkan bagi IdeaPad S300 dan S400 masing-masing RM1,199 dan RM1,699.


INFO:

Spesifikasi:

S300


• Sehingga prosesor generasi ketiga Intel® Teras i5
• Sehingga Genuine Windows® 7 Home Premium
• Paparan 13.3” HD (1366 x 768), skrin lebar 16:9
• Sehingga 4GB DDR3 memori
• Sehingga AMD Radeon™ 7450M grafik
• Sehingga 500GB HDD storan
• Bluetooth®1 bersepadu & 802.11b/g/n Wi-Fi USB2.0, penyambung USB3.0 dan 2 dalam 1 pembaca kad
• Sehingga 720p HD kamera web
• Pembesar suara stereo dan Dolby® Termaju Audio™ versi 2 diiktiraf
• Menyokong HD grafik dan output HDMI

S400

• Sehingga prosesor generasi ketiga Intel® Teras i5
• Sehingga Genuine Windows® 7 Home Premium
• Paparan 14” HD (1366 x 768), skrin lebar 16:9
• Sehingga 4GB DDR3 memori
• Sehingga AMD Radeon™ 7450M grafik
• Sehingga 500GB HDD storan
• Bluetooth®1 bersepadu & 802.11b/g/n Wi-Fi USB2.0, penyambung USB3.0 dan 2 dalam 1 pembaca kad
• Sehingga 720p HD kamera web
• Pembesar suara stereo dan Dolby® Termaju Audio™ versi 2 diiktiraf
• Menyokong HD grafik dan output HDMI


Tahukah anda ...

Sistem komputer IdeaPad diperkenalkan pada Januari 2008 dan tiga model pertama yang ditawarkan adalah Y710, Y510 dan U110. Ia dibangunkan bagi membezakan sistem komputer notebook yang dilengkapi untuk segmen perniagaan. Kini, IdeaPad menawarkan model bagi siri G, S, V, Y, U dan Z.

Jam jadi teman bersenam

  • PDF

PERNAHKAH terfikir merentas desa dengan jam di pergelangan tangan yang mempunyai kemudahan Sistem Kedudukan Global (GPS)?

Seharusnya sesiapa saja yang memiliki jam Forerunner 610, anda boleh melakukan apa saja untuk memulakan dimensi baru ketika berlari dan berjoging.

Mudah saja. Dengan sentuhan, jentik dan leret, jam ini membantu anda memulakan larian sambil mengumpul pelbagai data dan kemudian menyimpannya.


Untuk rekod, jam canggih ini memberikan anda beberapa cara bagi mengemaskini data latihan. Fungsi leret dan turun naik menjadikan mudah untuk mengubah latar (setting), mengkaji semula arkib larian anda dan banyak lagi.

Hanya jentik dengan pantas di atas skrin untuk pergi ke halaman latihan berikutnya dan anda boleh melihat banyak lagi data.

Skrin sesentuh 610 yang licin ternyata lasak apabila ia berfungsi. Malah ia mempunyai ketahanan apabila digunakan dalam hujan, berpeluh dan percikan air serta boleh berfungsi walaupun menyentuh dengan sarung tangan.

Di sebalik cermin licin ternyata jam ini bersedia untuk bekerja sekeras mana yang pemiliknya inginkan. Ia boleh memandu anda kembali ke tempat permulaan larian, memberikan kebebasan bagi meneroka laluan baru.
Selain itu, perkakasan latihan terbaru iaitu Virtual Racer, pengguna boleh mengubah sebarang senaman dan larian kepada "virtual matchup". Laporan Virtual Racer mencatat kepelbagaian kelajuan dan keadaan pada waktu itu, seolah-olah anda sedang bersaing dengan lawan anda. Atau gunakan fungsi "Virtual Partner" dan lihat bagaimana pencapaian anda berbanding kelajuan yang anda catat.

Forerunner 610 turut menawarkan amaran getaran yang boleh diasingkan mengikut masa, jarak, kalori, degup jantung atau nada. Jadi, apabila sampai di destinasi anda boleh rasakan getaran lembut.

Training Effect mengukur kesan sebarang aktiviti anda sama ada kecergasan aerobik yang pada dasarnya membantu berlatih dengan lebih berkesan selain menilai anda berdasarkan profil, degup jantung dan tahap kesukaran aktiviti yang dilalui.

610 juga mengasingkan zon degup jantung, amaran dan kadar jantung berdasarkan pengiraan kalori. Tidak ketinggalan anda juga boleh memantau berat badan, paras lemak, jumlah air dalam badan dan enam lagi ukuran apabila menggunakan Forerunner 610 dengan menggunakan Tanita BC-1000.

Kesemua bacaan direkod dalam Forerunner 610 dan kemudiannya secara automatik ke Garmin Connect apabila ia berada dekat dengan komputer.

INFO: FORERUNNER 610
Resolusi paparan: 128 x 128 piksel
Berat: 72 gram
Bateri: lithium-ion boleh caj semula
Jangka hayat bateri: 4 minggu dalam mod jimat; 8 jam dalam mod latihan
Kalis air, Skrin kadar degup jantung Garmin Connet dan Garmin Training Center dengan Windows XP atau lebih baru dan Mac OS 10.4.11 atau lebih awal degan Safari

Lebih nipis, ringan

  • PDF

Pengeluar produk elektrik dan elektronik Toshiba Singapore Digital Products & Services Group (Toshiba) baru-baru ini melancarkan beberapa siri rangkaian produk komputer riba Ultrabook dengan memperkenalkan model Satellite U.

Model baru Satellite U840 tersebut memberi keseimbangan antara gaya, hiburan serta produktiviti yang dijana oleh pemproses Intel Core generasi ke tiga.

Lebih membanggakan, model tersebut merupakan komputer riba pertama menawarkan paparan sinematik 21:9 bagi memberikan tayangan lebih jelas.

Menurut Pengurus Kanan Pemasaran dan Perkhidmatan Asia Tenggara, Toshiba Singapura Pte Ltd, Tay Choon Song, dalam usaha memenuhi keperluan pelanggan, Ultrabook tersebut dibina lebih nipis dan ringan namun memberikan faedah mobiliti serta persembahan yang lebih mampan.

Di samping itu, Toshiba turut mempamerkan Siri Satellite P840 yang menjana hiburan berdefinisi tinggi sekali gus menawarkan pemprosesan grafik terkini serta pengalaman audio dan video terbaik.

Dikemaskan dengan aluminium dan beratnya hanya dua kilogram (kg), P840 mensasarkan pengguna yang tertumpu kepada netbook yang berupaya memberikan kesan grafik yang tinggi.

Model ini juga dikemaskan dengan Clear SuperView berdefinisi tinggi sesuai untuk tayangan filem, foto dan permainan dengan warna yang lebih jelas.

Menampilkan sambungan antara muka Bluetooth 4.0 bagi penjimatan tenaga dan pemindahan data tanpa wayar selain dilengkapi papan kekunci ClickPad.

Model ia turut dilengkapi tiga port (pelabuh) USB 3.0 yang mampu memindahkan data pada kadar 10 kali lebih laju.

Dengan teknologi Toshiba USB Sleep-And-Charge dan Toshiba Sleep-And-Music, ia memberikan kebebasan untuk menggunakan telefon pintar dan mendengar muzik daripada pemain MP3 walaupun ketika komputer tidak diaktifkan. -- Utusan Online