Thursday, Jun 20th

Last update07:43:05 PM GMT

You are here Ruangan Pembaca Email Pembaca

Email Pembaca

Datuk Sairin Karno seorang pemimpin yang demokratik dan berjiwa besar

  • PDF

Pengisytiharan Datuk Sairin Karno mengenai kemahuannya untuk mempertahankan DUN Liawan pada PRU 13 nanti adalah satu bukti bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang demokratik dan berjiwa besar. Kemahuan beliau tersebut haruslah dihormati oleh semua pihak kerana ianya satu tindakan yang sangat sihat dan akan menyuburkan lagi semangat demokrasi di kawasan Liawan khasnya dan di Negeri Sabah amnya berhubung dengan proses pemilihan calon di kawasan Liawan.

Tercapai kemahuan untuk menjadi calon atau sebaliknya adalah perkara kedua. Yang penting dalam proses demokrasi ialah lagi ramai orang yang ingin menjadi calon, lagi meriah dan lagi subur sistem demokrasi dalam negara kita amnya dan demokrasi dalam UMNO khasnya. Pengisytiharan kemahuan dan keinginan Datuk Sairin Karno untuk menjadi calon PRU 13 baru - baru ini diharap akan menjadi perangsang dan motivasi kepada peminat - peminat menjadi calon di kawasan Liawan untuk mengisytiharkan pula kemahuan mereka untuk menyertai Datuk Sairin Karno dalam proses pemilihan calon PRU 13 nanti.

Itupun, kalau sekiranya seseorang itu memilih untuk mengisytiharkan hasrat menjadi calon seperti yang dilakukan oleh Datuk Sairin Karno, kerana dalam demokrasi, seseorang yang berhasrat menjadi calon boleh juga merahsiakan isi hatinya sehingga sampai menjelang penamaan calon ataupun pengumuman calon daripada pucuk pimpinan parti politik masing-masing. Gunakanlah strategi yang anda rasa sesuai. Kalau perlu isytihar, berbuatlah demikian. Kalau perlu dirahsiakan dulu cita - cita itu, silakan berbuat demikian yang penting rakyat di kawasan Liawan, akhirnya akan mendapat calon yang terbaik.

Adalah sangat diharakan supaya lebih ramai bakal pemimpin di kawasan Liawan yang akan tampil ke hadapan untuk menawarkan diri menjadi calon dalam PRU 13 nanti samada mahu isytihar terang-terangan atau sembunyi-sembunyi. Itu tidak menjadi masalah kepada rakyat kerana rakyat bukan menilai seseorang dengan cara dia mempromosikan dirinya. Rakyat akan meninlai potensi, wibawa, keikhlasan dan tenaga calon tersebut untuk berkerja dan berkhidmat kepada rakyat.

Oleh yang demikian, bakal-bakal pemimpin kawasan Liawan jangan segan silu untuk menawarkan diri sebagai calon sekiranya mempunyai keupayaan. Kalau anda bersedia mendengar keluhan dan rintihan rakyat silakan. Please join the challenge dan iringan Datuk Sairin Karno. Sebagai pemimpin incumbent di kawasan ini beliau sebenarnya telah memulakan proses pemilihan calon secara rasmi, demokratik dan gentlemen. Itu tidak seharusnya menjadi tekanan Psaikologi kepada politikus-politikus baru yang mempunyai kemahuan menjadi calon.

Rakyat Liawan yakin Datuk Sairin Karno mempunyai niat yang baik untuk mengumumkan hasrat beliau dahulu, dan itu memang wajar kerana beliau adalah YB (incumbent). Beliau memang seharusnya memulakan dan beliau bertanggungjawab untuk menyubur dan memeriahkan lagi amalan demokrasi di negara kita dengan mengalu-alukan penyertaan lebih ramai menawarkan diri untuk menjadi calon di kawasan Liawan pada PRU 13 nanti.

Terpulang sepenuhnya kepada rakyat untuk membuat pilihan terbaik, dan terpulanglah kepada pucuk pimpinan parti untuk mendengar suara dan keluhan rakyat, bukan keluhan calon-calon.

Selamat berjuang diucapkan kepada YB Datuk Sairin Karno dan semua yang berhasrat untuk menjadi calon di kawasan Liawan pada PRU 13.