Thursday, Jun 20th

Last update07:43:05 PM GMT

You are here News Bola Sepak Sembilan Sebelah kelab Akademi Tudan Baru

Bola Sepak Sembilan Sebelah kelab Akademi Tudan Baru

  • PDF

KENINGAU : Pasukan Liawan FC muncul juara Pertandingan Bola Sepak Sembilan Sebelah yang diadakan di padan Kampung Tudan Baru di sini baru-baru ini.

Liawan FC menggalahkan Atulai FC melalui sepakan penalti dengan jaringan gol 5-3.

Tempat ketiga dimenangi oleh Tudan Baru AFC setelah mengalahkan Bencore FC yang menduduki tempat keempat dengan jaringan gol 3-2.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Akademi Bolasepak Tudan Baru itu telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda Umno Keningau; Azman Haji Ruslan.

Azman juga turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dalam ucapannya, Azman meminta agar lebih banyak lagi pertandingan-pertandingan bola sepak diadakan bagi memberikan peluang kepada remaja-remaja dan belia-belia bergiat dalam sukan ini.

Katanya, pertandingan ini bukan sahaja mencungkil bakat-bakat baru di kalangan remaja dan belia, malah juga sebagai pendekatan baru bagi menghindarkan anak-anak muda terlibat dalam kegiatan tidak sihat.

“Saya percaya pertandingan ini juga dapat mengeratkan setiakawan yang tinggi melalui semangat kesukanan selain dapat memajukan lagi sukan ini di daerah ini,” katanya.

Pada masa sama, Azman turut memuji langkah Kampung Tudan Baru yang menubuhkan kelab akademi sukan bolasepak yang dapat melatih kanak-kanak yang boleh ditonjolkan sebagai pemain berbakat dan berpotensi apabila dewasa kelak.

Katanya, akademi ini dikendalikan oleh bekas pemain Sabah, Mohd Jaya Kassim yang mempunyai kemahiran tinggi dalam sukan bola sepak.

“Saya juga berharap agar akademi bolasepak ini dibuka kepada anak-anak muda kita dari luar untuk menimba ilmu melalui latihan-latihan yang dijalankan oleh akademi ini.

“Saya percaya memang ramai anak-anak muda kita terutama golongan belia dan remaja maupun kanak-kanak ingin berlatih sama dengan rakan-rakan mereka dari kampung ini,” katanya.

Azman juga berharap agar akademi itu dapat menganjurkan lebih banyak program yang dapat memberi manfaat kepada para remaja dan belia dalam usaha menjadikan Keningau sebagai “Power House” dalam bidang sukan bolasepak pada masa akan datang.

Sumber : Utusan Borneo

 

BLOG COMMENTS POWERED BY DISQUS