Monday, May 20th

Last update07:43:05 PM GMT

You are here News Ubah sikap terhadap polis

Ubah sikap terhadap polis

  • PDF

KENINGAU: Sikap fobia kepada polis di kalangan masyarakat perlu diubah, kata Ketua Pengurusan Polis Kontingen Sabah, Senior Assistan Komisioner, Noor Azam Jamaludin di sini baru-baru ini.

Katanya, mereka hendaklah mengubah minda dengan tanpa merasa takut ketika berhadapan atau berurusan dengan polis.

Polis juga perlu hubungan dua hala dengan masyarakat agar mereka juga dapat bersama-sama membantu memerangi kegiatan jenayah di tempat masing-masing dengan menyalurkan maklumat kepada polis,” katanya pada sidang media selepas mengadakan program berjalan ‘walkabout’ mencegah jenayah di sekitar bandar di sini.

Noor Azam berkata, program hari itu juga adalah untuk mendekati masyarakat agar bersama-sama mencegah jenayah.

Katanya, polis juga ingin berkongsi maklumat kepada masyarakat dengan memberikan nombor telefon mereka bagi memudahkan mereka menghubungi polis apabila berlaku sesuatu kes jenayah di tempat mereka.

“Apa yang penting, masyarakat perlu kikis sikap takut kepada polis kerana polis juga ingin mendekati mereka lebih kerap lagi,” katanya.

Katanya, program turun ke bawah dapat memantapkan lagi hubungan polis dengan masyarakat dan di peringkat sekolah juga polis memang sudah ada hubungan dengan Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) dengan salah seorang pegawai polis dilantik sebagai ex-officio dalam barisan AJK PIBG.

“Ini bagi membolehkan polis dapat memantau kegiatan-kegiatan sosial tidak sihat di kalangan remaja dan pelajar-pelajar sekolah,” katanya.

Noor Azam berkata, pendekatan turun ke bawah bertemu masyarakat dan orang ramai memang sudah lama dilaksanakan Cuma apa yang perlu memantapkan lagi pendekatan ini agar ianya lebih berkesan.

Katanya, ini termasuklah mengadakan bilik maklumat dengan mempamerkan gambar pelbagai kes yang dapat menyedarkan pelajar dan remaja berhubung kes-kes buli, masalah remaja dan kes-kes yang boleh menjejaskan masa depan remaja itu sendiri.

“Polis sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat termasuklah remaja dan para pelajar sekolah dalam usaha hubungan dua hala dapat memberi kesan yang baik kepada kedua-dua pihak,” katanya.

Pada program Walkabout Pencegahan jenayah, sebanyak 50 risalah telah diedarkan kepada pemilik-pemilik premis dan orang ramai di sini.

Turut serta dalam program itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Zahari Mohamed, Ahli-ahli jawatankuasa Kominiti Policing terdiri Ketua Daerah Arif, Pemimpin Kemajuan Rakyat Liawan, Rosdi Padiman, Pegawai-pegawai kanan polis dan agensi kerajaan lain.

Sumber : Utusan Borneo

 

BLOG COMMENTS POWERED BY DISQUS