Thursday, Jul 24th

Last update03:43:05 AM GMT

You are here News STAR Sabah bersedia hadapi PRU 13

STAR Sabah bersedia hadapi PRU 13

  • PDF
  • Sebelum
  • 1 of 2
  • Seterusnya

STAR Sabah dengan slogannya "Ini Kali Lah" mengembangkan pengaruhnya dikawasan Pedalaman Sabah dengan merasmikan tiga bahagian STAR bertempat di pekan Keningau, Sabah baru - baru ini.

Tiga bahagian tersebut merangkumi kawasan Parlimen Keningau, Tenom dan pensiangan. Perasmian yang dilancarkan oleh Pengerusi STAR Sabah Datuk Jeffrey Kitingan dengan penuh semangat itu dihadiri lebih kurang 2,000 penyokong STAR.

Dengan adanya sambutan mengalakkan dari rakyat seperti yang ditonjolkan di Keningau, Dr Jeffrey Kitingan merasakan STAR sudah bersedia untuk menghadapi PRU13 bila-bila masa sahaja.

Dalam pada itu, ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Pensiangan, Danny Andipai, menyerahkan borang permohonan kepada Dr Jeffrey untuk menjadi ahli STAR. Semasa sessi tersebut, beliau telah menyatakan bahawa beliau telah hilang keyakinan terhadap parti yang berpusat di Semenanjung.

Menurut beliau, parti dari Semenanjung itu hanya sekadar "indah bahasa dari rupa", disamping semua keputusan penting parti hanya ditentukan di Kuala Lumpur.

Katanya, semua dasar diputuskan oleh pemimpin dari Semenanjung tanpa menghiraukan kehendak sebenar rakyat Sabah. Justeru, beliau meletakkan jawatan dari PKR dan menyertai parti STAR yang diketuai oleh Datuk Dr Jeffery Kitingan.

Pada majlis yang sama, Pengerusi Parti DAP Cawangan Tanjung Aru, Dr Felix Chong Kat Fah, turut menyerahkan borang permohonan menjadi ahli STAR kepada Dr Jeffrey.

Dr Chong merupakan bekas Pengarah Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan juga sebagai Penasihat Biro Perubatan dan Kesihatan parti DAP Sabah.

Menurut sumber, dua hari yang lepas, Dr Chong Kat Fah, 44, meletakkan jawatan melalui surat yang dihantar kepada setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng. Beliau juga mengumumkan pembubaran DAP cawangan Tanjung Aru.

Dalam sessi tersebut bekas Ahli majlis tertinggi Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Peguam Martin Tommy juga telah menyertai STAR.

Sebelum itu, beliau dikatakan memakai baju STAR dan bergaul dengan pemimpin-pemimpin STAR negeri sebagai tanda sokongan kepada parti STAR.

Dalam ucapannya, Dr Jeffrey menyeru rakyat tanpa mengira latar belakang etnik dan agama diseluruh Sabah untuk bersatu dan menyokong perjuangan STAR dan rakan-rakan nya dalam komponen parti 'United Borneo Alliance(UBA)'.


Selanjutnya kata Jeffrey, beliau amat gembira lagi teruja melihat sokongan padu penyokong yang hadir pada hari itu, sehingga meningkatkan lagi semangat beliau serta pemimpin UBA yang lain meneruskan perjuangan menuntut untuk mengembalikan hak-hak negeri dan rakyat Sabah.


Seperti biasa beliau akhiri dengan kata, "Kalau bukan sekarang bila lagi dan kalau bukan kita siapa lagi...Ini Kali lah."

BLOG COMMENTS POWERED BY DISQUS