Saturday, Sep 20th

Last update03:43:05 AM GMT

You are here Berita Berita Nasional Projek Estet Padi NKEA Kota Belud Dimulakan Januari Tahun Depan: LPP

Projek Estet Padi NKEA Kota Belud Dimulakan Januari Tahun Depan: LPP

  • PDF

TAWAU, 19 Nov (Bernama) -- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah akan memulakan kerja pembajakan sawah seluas 800 hektar di bawah projek Estet Padi Kota Belud pada penghujung Januari tahun depan, kata Pengarah LPP Sabah Anita Misuari.

Katanya projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)itu, yang melibatkan kawasan seluas 5,000 hektar dan dibangunkan secara berperingkat-peringkat hingga 2020, dijangka mampu meningkatkan pendapatan petani serta seterusnya menyediakan sekurang-kurangnya 1,000 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Selain kerja-kerja persediaan awal projek yang dimulakan sejak bulan lalu, katanya pihaknya turut menjalankan aktiviti lain seperti taklimat projek kepada petani, lawatan ladang bersama dengan agensi-agensi terlibat serta membuat lawatan ke Pusat Loji Benih Padi Kota Belud.

"Pemilihan kawasan (Kota Belud) adalah disebabkan Kota Belud mempunyai infrastruktur dan sistem pengairan yang baik. Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Belud telah dilantik sebagai Syarikat Peneraju NKEA EPP II Estet Padi Kota Belud oleh kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani.

"Projek ini bertujuan meningkatkan hasil dan pendapatan petani bagi tempoh jangka masa panjang. Pengurusan di sawah diuruskan oleh satu badan, iaitu PPK Kota Belud selaku syarikat peneraju," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini pada Isnin.

-- BERNAMA

BLOG COMMENTS POWERED BY DISQUS