Monday, May 21st

Last update11:04:32 PM

Galeri Photo

578 GSTT Di Berikan Tawaran Mengikuti Kursus Perguruan

  • PDF

Tenom, Isnin:: Seramai 544 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) daripada 578 yang terlibat pengambilan semula GSTT telah menerima tawaran ini, sementara 34 bakinya masih belum menerima disebabkan beberapa faktor seperti umur dan dokumen yang tidak lengkap.

Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia , En. Jamawi Jaafar merakamkan penghargaan kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhayuddin Mohd.Yassin kerana menyerapkan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) termasuk di Sabah bagi menjalani ambilan khas ke IPTA dan IPG mulai tahun ini.

Katanya, “Sebahagian GSTT di negeri ini telah pun mula mendaftar pada awal Januari lepas dan bakinya pada 9 Februari ini untuk kursus perguruan di IPG dan 20 Feb untuk kursus pengurusan IPTA”.

Menurut Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom, usaha yang dilakukan oleh kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia ini membuktikan kerajaan peka dan prihatin dengan nasib GSTT di seluruh negara dan komitmen yang ditunjukan oleh kerajaan ini membuktikan kerajaan serius dan komited membangunkan model insan melalui sektor pendidikan.

Sehubungan itu, Jamawi turut berharap GSTT yang telah diberikan peluang ini dapat memikul dan melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan bagi membantu kerajaan memperkasa mutu pendidikan negara

Katanya, Pergerakan Pemuda Umno amat menghargai jasa serta sumbangan GSTT di negeri ini yang turut memainkan peranan penting dalam memperkasakan mutu dan pencapaian akademik pelajar sekolah khususnya di kawasan luar bandar meskipun sebelum ini mereka (GSTT) berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran seperti terpaksa berhadapan dengan kekurangan kemudahan asas semasa mengajar di luar bandar.

Sementara, majoriti GSTT yang ditemui turut menzahirkan rasa terima kasih dan terharu mereka kepada kerajaan khususnya kepada Pergerakan Pemuda Umno Tenom yang diketuai oleh Jamawi kerana telah menjadi jambatan dalam menangani dan menyelasaikan isu GSTT di Sabah sehingga mereka diberikan peluang untuk diserapkan ke jawatan guru terlatih.

Kerajaan sentiasa prihatin dengan keperluan guru terutama di kawasan pedalaman dengan mengambil semula GSTT yang berpengalaman dan telah menabur bakti mengajar di sekolah pedalaman, katanya.

You are here Home
BLOG COMMENTS POWERED BY DISQUS