Monday, May 21st

Last update11:04:32 PM

Galeri Photo

Cermin kereta pecah oleh ‘tangan ghaib’

  • PDF

KOTA KINABALU: Seorang kakitangan awam terperanjat setelah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada jiran yang memberitahu cermin keretanya dipecahkan dalam satu kejadian petang Sabtu lepas di Taman Desa Manis, Donggongon, Penampang .

Mangsa dikenali sebagai Sharang, 29, mendedahkan sekitar jam 4.30 petang itu, dia menerima SMS mengatakan “Kenapa kereta kamu pecah” daripada jirannya lalu bergegas mendapatkan kenderaannya yang diletakkan di bawah kediaman sewa mereka.

Tanpa mengetahui motif kenapa kereta dipecahkan, mangsa kemudiannya melaporkan insiden terbabit kepada pihak polis sambil meluahkan kekecewannya terhadap tahap keselamatan di kawasan perumahan itu.

“Saya difahamkan bahawa pengawal keselamatan pada waktu kejadian tidak bekerja dan sehubungan itu pagar di sini tidak mempunyai penjaga.

“Namun begitu, ketika ditanya pengawal terbabit berkata akan mencatat setiap kali nombor kenderaan yang keluar masuk ke kawasan ini.

“Sekitar bulan lepas, kenderaan rakan saya telah menjadi mangsa dilanggar ketika meletakkan kereta namun tiada tindakan diambil,” katanya sambil mendedahkan terdapat dua kesan cermin pecah pada kereta jenis Proton Iswara miliknya.

Sharang turut menjelaskan, penghuni seperti mereka mengharapkan jaminan keselamatan daripada pihak pengurusan Taman Desa Manis itu bagi mengelak kejadian berkenaan terus berleluasa.

“Saya amat berharap agar pihak pengurusan di sini lebih peka terhadap tahap keselamatan terutamanya harta benda kami.

‘Ini kerana sekiranya tiada pemantauan atau peningkatan tahap keselamatan, saya percaya perkara-perkara seperti ini (pecah kereta) akan menjadi-jadi di masa akan datang,” katanya.

 

You are here Home
BLOG COMMENTS POWERED BY DISQUS