KENINGAU : Seramai 12 Pasukan yang mewakili 12 wilayah di Negeri Sabah akan menyertai Karnival Bola Sepak Terbuka Belia KDM yang akan diadakan di Kompleks Sukan Keningau, di sini bermula pada 03 Februari ini.
Pasukan tersebut ialah Pasukan KDM Keningau, KDM Tenom, KDM Nabawan, KDM Ranau, KDM Tamparuli, KDM Ranau, KDM Putatan, KDM Papar, KDM Penampang, KDM Beaufort, KDM Membakut dan KDM Kota Belud.
Pengerusi Penyelaras Karnival yang juga Ahli Majlis Tertinggi Negeri KDM Malaysia , Encik Azman Haji Ruslan berkata, Karnival yang julung kali diadakan ini akan dirasmikan oleh Pengarah Operasi merangkap Naib Presiden 1 dan Bendahari KDM Malaysia, Datuk Peter Anthony.
Azman yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Keningau menyeru rakyat Sabah khususnya warga Daerah Keningau agar memberikan sokongan kepada karnival ini dengan menghadiri perasmian pembukaan pada 03 Februari, jam 05 petang di Kompleks Sukan Keningau.
Pelbagai acara menarik semasa perasmian termasuklah perlawanan bola sepak Pasukan All Star Keningau melawan Pasukan KDM Keningau. Antara pasukan legenda All Star ialah, Hendry Anjun, Jackrison Kilan dan Matusin Bowie.
Acara menarik lain persembahan artis-artis Sabah, cabutan Tiket Bertuah yang menyajikan pelbagai hadiah menarik seperti 2 buah motorsikal, 20 buah basikal, 10 buah kipas, 10 buah rice cooker dan pelbagai barangan elektrik serta hamper.
Orang ramai juga berpeluang menjadi ahli KDM dimana Kaunter Pendaftaran ahli akan dibuka pada hari perasmian ini.








